Close

Nothing Phone (3) mungkin hadir dengan cip Snapdragon 7s Gen 3

Nothing dijangka akan memperkenalkan peranti baru mereka pada 2025. Model yang dijangka akan diperkenalkan adalah Phone (3) iaitu pengganti kepada Phone (2).

Terbaru, Phone (3) yang menggunakan kod model A059 telah dikesan di Geekbench. Melalui penyenaraian tersebut, memperlihatkan Phone (3) akan dikuasakan dengan cip kelas pertengahan iaitu Snapdragon 7s Gen 3.

Penyenaraian tersebut turut memperlihatkan skor yang diperolehi oleh cip tersebut iaitu 1149 untuk teras tunggal dan 2813 untuk multi teras. Cip ini akan dipadankan dengan 8GB RAM dan menjalankan sistem operasi Android 15.

Laporan ini mungkin sedikit pelik berikutan Phone (3) dikuasakan dengan cip kelas pertengahan bukannya cip kelas andalan seperti Phone (2). Nothing mungkin melakukan perubahan kepada barisan peranti mereka dengan memperkenalkan Phone (3) sebagai peranti kelas pertengahan seperti Phone (1).

Berikutan itu, Nothing akan memperkenalkan model premium iaitu Phone (3) Pro yang akan dikuasakan dengan Snapdragon 8 Elite. Selain itu, Nothing akan turut memperkenalkan model Phone (3) Plus yang akan dijana cip Dimensity 9400.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN