Fon lipat yang seterusnya dari vivo iaitu X Fold4 mungkin tiba lebih lewat dari yang sepatutnya.
Terdapat laporan mendedahkan, vivo X Fold4 mungkin diperkenalkan lebih lewat berbanding model sebelumnya iaitu X Fold3. Laporan tersebut turut menyatakan vivo mungkin akan memperkenalkan satu model pilihan sahaja iaitu X Fold4 Pro.
vivo dikatakan akan memfokuskan kepada rekaan yang lebih nipis dan ringan pada peranti tersebut. Bukan itu sahaja, peranti ini dijangka akan dimuatkan dengan spesifikasi yang lebih berkuasa.
Peranti ini akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite, bateri 6000mAh, penarafan IPX8 dan menyokong pengimbas cap jari jenis ultrasonik. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP + 50MP.