vivo secara rasmi memperkenalkan telefon lipat mereka yang seterusnya iaitu siri vivo X Fold3 di China. Hadir dengan dua pilihan model iaitu X Fold3 dan X Fold3 Pro yang dibezakan dengan pilihan cip dan juga beberapa fungsi lain.
Untuk model paling premium iaitu X Fold3 Pro, ia hadir dengan skrin luar bersaiz 6.53-inci AMOLED 120Hz dan skrin dalam bersaiz 8.03-inci LTPO AMOLED 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 1TB UFS 4.0.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan penjenamaan Zeiss dengan sensor utama 50MP OIS + 50M Ultra Lebar + 64MP OIS Telefoto dengan 3x zum optikal. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 32MP yang diletakkan pada bahagian luar dan dalam. Bateri 5700mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan 100W. Spesifikasi yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IPX8, dua pengimbas cap jari bawah skrin, pembesar suara jenis stereo, WiFi 7 dan IR Blaster.
Manakala untuk X Fold 3, ia turut hadir dengan skrin luar bersaiz 6.53-inci AMOLED 120Hz dan skrin dalam bersaiz 8.03-inci LTPO AMOLED 120Hz. Namun begitu, ia dijana dengan cip yang lebih lama iaitu Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan penjenamaan Zeiss dengan sensor utama 50MP OIS + 50M Ultra Lebar + 50MP OIS Telefoto dengan 2x zum optikal. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 32MP yang diletakkan pada bahagian luar dan dalam. Bateri 5500mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan 80W. Spesifikasi yang turut dibawakan adalah seperti pengimbas cap jari pada butang kuasa, pembesar suara jenis stereo, NFC dan IR Blaster.
Di China, X Fold3 dijual pada harga bermula sekitar CNY6999 (RM4585) dan X Fold3 Pro pula dijual pada harga bermula sekitar CNY9999 (RM6547).