Close

vivo Pad 3 Pro turut diperkenalkan – Guna cip Dimensity 9300, bateri 11,500mAh dan pengecasan 66W

Seiring dengan pelancaran siri X Fold3 di China, vivo turut memperkenalkan tablet baru mereka iaitu Pad 3 Pro. Tampil dengan spesifikasi yang lebih berkuasa bersama dengan rekaan yang lebih baik.

Dari segi spesifikasi, Pad 3 Pro hadir dengan skrin LCD bersaiz 13-inci dengan paparan 144Hz. Turut menyokong DCI-P3 color gamut, HDR10 dan kecerahan puncak 900 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9300 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 512GB UFS 4.0.

Menggunakan kamera tunggal dengan sensor utama 13MP dan kamera swafoto 8MP. Dimuatkan dengan bateri 11,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W. Tablet ini turut menyokong Generatif AI melalui model BlueLM yang menyokong beberapa fungsi menarik seperti suntingan imej dan juga penjanaan teks. Turut menyokong stylus pen melalui vivo Pencil2 dan papan kekunci jenis magnetik.

Spesifikasi lain turut hadir adalah seperti WiFi 7, Bluetooh 5.4, 8 pembesar suara dan menjalankan sistem operasi Origin OS 4 berasaskan Android 14. Di China, vivo Pad 3 Pro dijual pada bermula sekitar CNY2999 (RM1964) dan mencecah sehingga CNY3999 (RM2616).

ARTIKEL BERKAITAN