Close

HONOR Magic6 Pro dan HONOR Pad 9 boleh mula dibeli di Malaysia

Dua peranti baru dari HONOR iaitu Magic6 Pro dan Pad 9 kini boleh mula dibeli di Malaysia. Kedua-dua peranti ini telahpun diperkenalkan pada minggu lalu dah hanya tersedia secara pra-tempahan. Kini ia boleh dibeli secara terus di semua pengedar rasmi HONOR Malaysia.

Magic6 Pro hadir dengan skrin LTPO OLED bersaiz 6.81-inci dengan resolusi 1264×2800. Turut menyokong paparan 120Hz, PWM Dimming 4820Hz, Dolby Vision dan kecerahan puncak 5000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP+ 180MP Periskop Telefoto + 50MP Ultra Lebar. Untuk Swafoto, ia menggunakan sensor 50MP + 3D ToF. Dimuatkan dengan bateri 5600mAh yang menyokong pengecasan berwayar 80W dan tanpa wayar 66W.

Di Malaysia, Magic6 Pro dijual pada harga RM4499 (12GB + 512GB). Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Epi Green dan Black. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM1,197.

Untuk HONOR Pad 9, ia hadir dengan skrin LCD bersaiz 12.1-inci, paparan 120Hz dan menyokong kecerahan puncak 500 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 6 Gen 1 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Menggunakan kamera tunggal belakan dengan sensor 13MP dan Swafoto 8MP. Bateri 8,300mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 35W. Bagi yang berminat, HONOR Pad 9 dijual di Malaysia pada harga RM1,499.

Setiap pembelian akan menerima papan kekunci Smart Bluetooth dan HONOR CHOICE Pencil bernilai RM698. Selain itu, aka turut menawarkan Pad 9 versi 5G yang akan tersedia pada 19 April ini.

ARTIKEL BERKAITAN