Close

Bank Islam dilaporkan menghadapi masalah teknikal

*Kemas kini : Perkhidmatan perbankan telah pulih sepenuhnya dan boleh diakses seperti biasa.

Bank Islam melalui Facebook rasmi mereka mengumumkan terdapat gangguan terhadap perkhidmatan perbankan mereka.

Melalui perkongsian tersebut, Bank Islam menyatakan perkhidmatan perbankan mereka ketika ini menghadapi isu teknikal sekaligus menyebabkan gangguan terhadap pengalaman perbankan penggunaan.

Menurut Bank Islam, masalah tersebut lazimnya berlaku apabila aplikasi baru dilancarkan. Berikutan itu, pihak Bank Islam sedang berusaha untuk menyelesaikan dan meningkatkan prestasi aplikasi sekaligus menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik.

Sebelum ini, Bank Islam telahpun memperkenalkan aplikasi dan perbankan internet serba baru yang dipanggil sebagai BIMB Mobile dan BIMB Web. Hadir dengan pelbagai peningkatan seperti antara muka yang lebih menarik, keselamatan yang lebih baik dan pelbagai fungsi tambahan baru.

ARTIKEL BERKAITAN