Bank Islam secara rasmi memperkenalkan aplikasi dan perbankan internet serba baru yang dipanggil sebagai BIMB Mobile dan BIMB Web.
Untuk BIMB Mobile ia merupakan aplikasi perbankan yang telah ditambah baik berbanding versi Go by Bank Islam. Hadir dengan pelbagai peningkatan seperti antara muka yang lebih menarik, keselamatan yang lebih baik dan pelbagai fungsi tambahan baru.
Sementara, BIMB Web pula adalah perbankan internet yang membolehkan pengguna mengakses perkhidmatan melalui laman web BIMB.com.
Aplikasi BIMB kini tersedia untuk pengguna iPhone dan Android, boleh dimuat turun melalui Apple App Store, Google Play Store dan juga HUAWEI App Gallery. Aplikasi ini menyokong peranti yang menjalankan iOS 13.0 atau Android 10 dan ke atas.
Buat masa ini, aplikasi Go by Bank Islam dan perbankan internet Bank Islam masih lagi tersedia untuk pengguna sehingga akhir tahun 2025. Selepas itu, kedua-dua perkhidmatan akan ditamatkan menjelang akhir tahun 2025.