Maybank melalui platform X menyatakan terdapat gangguan perkhidmatan untuk pemindahan DuitNow dan DuitNow QR ke bank lain melalui aplikasi MAE, web M2U dan M2U Biz.
DuitNow Transfer and DuitNow QR from other banks to Maybank accounts are also temporarily unavailable.
— Maybank (@MyMaybank) November 25, 2024
You can continue to make transfers and QR payments from your Maybank account to other Maybank accounts. Other services on MAE, M2U web and M2U Biz are working as normal.
(2/2)
Bukan itu sahaja, pemindahan DuitNow dan DuitNow QR daripada bank lain ke akaun Maybank turut tidak boleh diakses pada ketika ini. Namun begitu, pemindahan dan pembayaran QR dari akaun Maybank ke Maybank tidak menghadapi sebarang masalah.
Berikutan dari itu, pengguna disarankan untuk menggunakan IBG (Interbank Giro) sebagai alternatif sementara bagi proses transaksi pemindahan. Selain itu, perkhidmatan lain boleh diakses tanpa sebarang masalah melalui aplikasi MAE, web M2U dan M2U Biz.