Maxis kini menyokong eSIM untuk pengguna Hotlink sekaligus membolehkan pengguna mereka bertukar dari kad SIM fizikal kepada eSIM.
Pertukaran kepada eSIM ini tidak terhad kepada pengguna pascabayar sahaja tetapi ia turut tersedia untuk pengguna prabayar. Dengan bertukar kepada eSIM pengguna tidak lagi perlu memasukkan kad SIM Fizikal untuk menggunakan data, menerima atau membuat panggilan serta SMS.
Untuk promosi terhad, tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan untuk menukar kad SIM fizikal kepada eSIM bagi pengguna pascabayar dan prabayar. Namun, caj RM10 akan dikenakan untuk setiap pemindahan eSIM Pascabayar Hotlink ke peranti lain.
Selain itu, sekiranya anda beralih ke peranti yang tidak menyokong eSIM. Pengguna boleh menukar ke kad SIM fizikal melalui mana-mana kedai Maxis. Caj penggantian mungkin akan dikenakan iaitu sekitar RM10. Untuk maklumat lanjut mengenainya, boleh layari laman rasmi Hotlink.