Close

Tesla guna komponen dari 45 pembekal tempatan – MITI

Pengeluar kenderaan elektrik (EV) popular dari Amerika Syarikat iaitu Tesla telah menggunakan komponen dari 45 pembekal tempatan. Perkara tersebut dikongsi oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Menurut MITI, pembuat atau pengeluar EV turut bergantung kepada pembekal tempatan dalam pelbagai perkara seperti penyedia komponen semikonduktor, pemeriksaan jentera dan sistem automasi kilang. Lebih menarik, kebergantungan itu turut melibatkan pemindahan teknologi kepada pembekal tempatan.

Seperti kita tahu, Tesla tiada perancangan untuk membuat pemasangan kenderaan di negara ini. Namun begitu, MITI melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sentiasa melakukan perbincangan mengenai potensi Tesla untuk menggunakan rantaian bekalan tempatan bagi komponen keluarannya.

MITI turut mengatakan yang kerajaan akan terus menarik lebih ramai pelabur asing dan tempatan dalam sektor automatif. Langkah ini dijangka akan dapat membantu keupayaan rantaian bekalan serta mengalakkan aktiviti lokalisasi komponen automatif.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN