Hotlink memperkenalkan Travel SIM yang sesuai untuk pelancong terus kekal berhubung sepanjang perjalanan. Hadir dengan sambungan internet pantas dan tersedia untuk digunakan di 4 buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia.

Travel SIM ini ditawarkan dalam dua pilihan iaitu RM35 untuk 15 hari dan RM60 untuk 60 hari. Kedua-dua hadir dengan penawaran yang sama iaitu internet 5G tanpa had dengan kelajuan maksimum 12Mbps, panggilan tanpa had dalam Malaysia dan data 100GB FUP.

Selain itu, pelan ini turut hadir dengan pelbagai pilihan pas tambahan yang ditawarkan dengan harga RM4, RM12, RM25 dan RM45. Terdapat juga pas perayauan tambahan yang boleh dibeli melalui aplikasi Hotlink.
Bagi yang berminat, Travel SIM imi boleh didapati di Pusat Maxis di Terminal 1 & 2 KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, serta beberapa hab pelancongan terpilih seperti KLCC, NU Sentral dan Mahkota Parade.
Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran ini, layari laman web rasmi Hotlink.