POCO secara rasmi memperkenalkan satu lagi model baru di bawah siri F iaitu POCO F7. Hadir dengan spesifikasi yang menarik dengan harga jualan yang lebih mampu milik.

POCO F7 hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.83-inci dengan resolusi 1.5K. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 3200 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8s Gen 4 yang dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GBUFS 4.1.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar dan 20MP swafoto. Dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan 90W HyperCharge, mampu mengecas 80% hanya dalam 30 minit.

Spesifikasi lain yang turut ditawarkan seperti WiFi 7, Bluetooth 6.0, penarafan IP68, pengimbas cap jari bawah skrin, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan sistem operasi HyperOS 2. Selain itu, ia turut menyokong pelbagai fungsi yang dikuasakan oleh AI.

Di Malaysia, POCO F7 dijual pada harga bermula RM1799 untuk 12GB + 256GB dan RM1999 untuk 12GB + 512GB. Seiring dengan ketibaanya, peranti ini boleh dibeli dengan harga promosi RM1599 (12GB + 256GB) dan RM1699 (12GB + 512GB). POCO F7 ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu Cyber Black Edition, Black dan White.