Xiaomi melalui platform Weibo telah memperlihatkan rekaan telefon lipat mereka yang seterusnya iaitu MIX Flip 2.

Melalui perkongsian tersebut, memperlihatkan MIX Flip 2 hadir dengan rekaan yang premium dan kompak. Menurut Xiaomi, Mix Flip 2 hanya setebal 7.57mm dan berat sekitar 199 gram. Masih menggunakan rekaan yang hampir sama seperti model sebelumnya dengan tetapan dwi-kamera dan skrin luar yang besar.

MIX Flip 2 kekal menggunakan sistem kamera dari Leica yang menjanjikan hasil imej yang baik pada pelbagai keadaan. Selain itu, peranti ini dijangka akan hadir dengan pelbagai peningkatan lain seperti teknologi engsel yang lebih maju, kapasiti bateri yang dipertingkat dan dijana dengan cip kelas andalan.

Buat masa ini, tiada maklumat mengenai spesifikasi dalaman yang dikongsi oleh Xiaomi. Kita mungkin boleh menjangkakan lebih banyak maklumat akan dikongsi dari masa ke semasa.