Close

WhatsApp tak lagi menyokong peranti dengan iOS 15.1 dan ke bawah

Bermula 5 Mei 2025, WhatsApp akan menamatkan sokongan mereka pada peranti yang menjalankan iOS 15.1 dan ke bawah.

Bermaksud, peranti yang menjalankan sistem operasi iOS 15.1 dan ke bawah tidak lagi menyokong aplikasi WhatsApp pada masa akan datang. Peranti yang menjalankan iOS 15.1 dan ke atas boleh menggunakan aplikasi tanpa sebarang masalah.

Perubahan ini dijangka akan memberi kesan kepada pengguna iPhone 5s, iPhone 6 dan iPhone 6 Plus yang menjalankan iOS 12.5.7. Pada ketika ini, WhatsApp masih menyokong peranti yang menggunakan iOS 12 dan ke atas. Namun selepas 5 Mei 2025, ia hanya menyokong iOS 15.1 dan ke atas sahaja.

Dengan sokongan sistem operasi yang lebih baru ia membolehkan WhatsApp menyertakan pelbagai teknologi dan API baru seperti ciri keselamatan yang lebih baik, prestasi yang dipertingkat dan penambahan fungsi baru.

Tiada sebarang perubahan pada peranti Android, masih menyokong peranti yang menjalankan Android 5.0 dan ke atas.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN