Fon lipat baru dari HUAWEI iaitu Mate X6 akan tiba ke pasaran global pada 12 Disember ini. Peranti ini telahpun dilancarkan lebih awal di China pada 27 November lalu.
Untuk pasaran China, peranti ini hadir dengan skrin dalaman lebih besar iaitu 7.93-inci dan skrin luar bersaiz 6.45-inci. HUAWEI Mate X6 menggunakan rekaan yang lebih nipis iaitu sekitar 4.3mm apabila dibuka.
Untuk spesifikasi dalaman, ia dilengkapi dengan cip Kirin 9020 yang dipadankan dengan 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP RYYB + 40MP Ultra Lebar + 48MP Telefoto. HUAWEI Mate X6 menjalankan sistem operasi baru iaitu HarmonyOS NEXT yang hadir dengan pelbagai fungsi AI menarik.
Tidak dapat dipastikan, adakah HUAWEI akan turut memperkenalkan siri Mate 70 pada acara ini atau sebaliknya. Di China, siri Mate 70 hadir dengan 3 pilihan model iaitu Mate 70, Mate 70 Pro dan Mate 70 Pro+.