Close

Siri HONOR 300 diperkenalkan – Guna cip Snapdragon 8 Gen 3, MagicOS 9.0 dan pengecasan 100W

Siri HONOR 300 secara rasmi dilancarkan di China. Tampil dengan 3 pilihan model iaitu HONOR 300, HONOR 300 Pro dan HONOR 300 Ultra.

HONOR 300 Ultra merupakan model paling premium dalam siri HONOR 300. Hadir dengan skrin AMOLED jenis melengkung bersaiz 6.78-inci dengan resolusi FHD+. Menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 4000 nits.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang 50MP Utama + 12MP Ultra Lebar + 50MP Periskop Telefoto dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan bateri 5300mAh yang menyokong pengecasan 100W berwayar dan 88W tanpa wayar.

Untuk HONOR 300 Pro, ia turut dilengkapi dengan skrin AMOLED jenis melengkung bersaiz 6.78-inci dengan resolusi FHD+. Menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 4000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Turut menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 12MP Ultra Lebar + 50MP Potrait Telefoto dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan bateri 5300mAh yang menyokong pengecasan 100W berwayar dan 88W tanpa wayar.

Manakala untuk HONOR 300, hadir dengan skrin AMOLED jenis rata bersaiz 6.7-inci. Turut menyokong paparan 120Hz dengan kecerahan puncak 4000 nits. Dijana dengan cip Snapdragon 7 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 12MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP. Turut dimuatkan dengan bateri 5300mAh yang menyokong pengecasan 100W berwayar dan 88W tanpa wayar.

Siri HONOR 300 meruapakan peranti HONOR pertama yang menjalankan sistem operasi MagicOS 9.0 yang berasaskan kepada Android 15. Spesifikasi lain yang turut dibawakan seperti pengimbas cap jari bawah skrin, penarafan IP65, pembesar suara jenis stereo dan turut dimuatkan dengan pelbagai fungsi yang dikuasakan oleh AI.

Di China, HONOR 300 dijual pada harga bermula sekitar CNY2299 (RM1412), CNY3399 (RM2087) untuk HONOR 300 Pro dan CNY4199 (RM2574) untuk HONOR 300 Ultra.

ARTIKEL BERKAITAN