OnePlus mengesahkan yang peranti andalan mereka iaitu OnePlus 13 akan tiba secara global pada Januari ini. Buat yang tidak mengetahui, OnePlus 13 telahpun dilancarkan lebih awal di China pada November lalu.
Walau bagaimanapun, tiada tarikh tepat yang dikongsi oleh OnePlus buat masa ini. Kita mungkin boleh menjangkakan ia mungkin tiba pada awal Januari 2025.
Di China, peranti ini hadir dengan skrin LTPO OLED bersaiz 6.82-inci dengan resolusi 2K. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 4500 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite dengan tetapan tri-kamera belakang dengan penjenamaan Hasselblad.
Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W berwayar dan 50W tanpa wayar. Untuk pasaran China, OnePlus 13 ini dijual pada harga bermula sekitar CNY4499 (RM2768).
OnePlus 13 dijangka akan turut tiba ke pasaran tempatan selepas peranti tersebut dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia pada Oktober lalu.