Close

HUAWEI Mate X6 turut diumumkan – Guna rekaan lebih nipis dengan kamera XMAGE

Seiring dengan pelancaran siri Mate 70, HUAWEI turut mengumumkan fon lipat baru mereka iaitu Mate X6. Hadir dengan rekaan yang lebih nipis, skrin yang lebih besar dan sistem kamera XMAGE.

HUAWEI Mate X6 hadir dengan skrin dalaman lebih besar iaitu 7.93-inci dan skrin luar bersaiz 6.45-inci. Sebagai perbandingan, Mate X5 menggunakan skrin dalaman bersaiz 7.85-inci dan skrin luar bersaiz 6.4-inci. Skrin peranti ini menyokong paparan 120Hz dengan kecerahan puncak berbeza iaitu 1800 nits untuk skrin dalaman dan 2500 nits untuk skrin luar. Peranti ini menggunakan rekaan yang lebih nipis iaitu 4.3mm apabila dibuka.

Untuk spesifikasi dalaman, HUAWEI tidak mendedahkan maklumat mengenai cip yang digunakan pada Mate X6. Namun, terdapat kemungkinan yang peranti ini dikuasakan dengan cip Kirin 9020 yang dipadankan dengan 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.

Dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP RYYB + 40MP Ultra Lebar + 48MP Telefoto dengan 4x zum optik dan 100x zum digital. Kamera utama, menyokong apertur boleh ubah dari F/1.4 hingga F/4.0. Kemampuan kamera ini ditala dengan teknologi kamera XMAGE. Manakala, swafoto ia hadir dengan sensor 8MP.

Bateri 5110mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 66W berwayar dan 50W tanpa wayar. Mate X6 menjalankan sistem operasi baru iaitu HarmonyOS NEXT yang hadir dengan pelbagai fungsi AI menarik.

Di China, HUAWEI Mate X6 ini dijual pada harga bermula sekitar CNY12,999 (RM7983) dah mencapai sehingga CNY15,999 (RM9826).

ARTIKEL BERKAITAN