Close

Siri HUAWEI Mate 70 diumumkan – Kamera XMAGE, pengecasan 100W dan bateri 5700mAh

Huawei secara rasmi memperkenalkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu siri Mate 70 di China. Hadir dengan 3 pilihan model iaitu Mate 70, Mate 70 Pro dan Mate 70 Pro+.

HUAWEI Mate 70 hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.7-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 2500 nits. Dilengkapi dengan konfigurasi 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor 50MP + 40MP Ultra Lebar + 12MP Telefoto Periskop dengan zum digital 50x. Kamera utama peranti ini menyokong apertur boleh ubah dari f/1.4 hingga f/4.0. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 13MP.

Dilengkapi dengan bateri 5300mAh yang menyokong pengecasan berwayar 66W dan 50W tanpa wayar. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti pengimbas cap jari bawah skrin, komunikasi satelit, NFC, IR Blaster, penarafan IP68/IP69 dan menjalankan HarmonyOS 4.3.

Untuk HUAWEI Mate 70 Pro, ia dilengkapi dengan skrin OLED bersaiz 6.9-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 2500 nits. Menggunakan konfigurasi 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.

Turut menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 40MP Ultra Lebar + 48MP Telefoto Periskop dan swafoto 13MP. Kamera utama menyokong apertur boleh ubah dari f/1.4 hingga f/4.0. Selain itu, ia menyokong zum optik sehingga 4x dan zum digital sehingga 100x.

Dilengkapi dengan bateri 5500mAh yang menyokong pengecasan berwayar 100W dan 80W tanpa wayar. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti pengimbas cap jari bawah skrin, komunikasi satelit, NFC, IR Blaster, penarafan IP68/IP69 dan menjalankan HarmonyOS 4.3.

HUAWEI Mate 70 Pro+ merupakan model paling premiun dalam barisan siri Mate 70. Hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.9-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dengan kecerahan puncak 2500 nits. Tiada maklumat mengenai cip yang digunakan namun ia ditawarkan dengan konfigurasi 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 40MP Ultra Lebar + 48MP Telefoto dan swafoto 13MP. Kamera utama menyokong apertur boleh ubah dari f/1.4 hingga f/4.0. Selain itu, ia menyokong zum optik sehingga 4x dan zum digital sehingga 100x. Keupayaan kamera ini turut dibantu dengan sistem XMAGE.

Dilengkapi dengan bateri 5700mAh yang menyokong pengecasan berwayar 100W dan 80W tanpa wayar. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti pengimbas cap jari bawah skrin, komunikasi satelit, NFC, IR Blaster, penarafan IP68/IP69 dan menjalankan HarmonyOS 4.3.

Di China, siri HUAWEI Mate 70 dijual pada harga bermula sekitar CNY5499 (RM3380) untuk Mate 70, CNY6499 (RM3994) untuk Mate 70 Pro dan CNY8499 (RM5224) untuk Mate 70 Pro+.

ARTIKEL BERKAITAN