Samsung dijangka akan menggunakan cip Exynos pada dua fon lipat baru mereka iaitu Galaxy Z Flip7 dan Galaxy Z Flip FE.
Menurut laporan, Samsung akan menggunakan cip Exynos pada kedua-dua peranti tersebut. Galaxy Z Flip7 akan menggunakan cip Exynos baru iaitu 2500 manakala Galaxy Z Flip FE akan menggunakan cip Exynos yang lebih lama iaitu 2400e.
Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai cip Exynos 2500 namun kita mungkin boleh menjangkakan ia hadir dengan pelbagai peningkatan dan lebih berkuasa. Untuk cip Exynos 2400e, ia merupakan cip yang kurang berkuasa jika dibandingkan dengan cip Exynos 2400 dan telah digunakan pada Galaxy S24 FE.
Selain itu, penggunaan cip Exynos pada Galaxy Z Flip7 dan Galaxy Z Flip FE dikatakan sebagai peralihan strategi dari Samsung. Pada Galaxy Z Flip6, Samsung menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dihasilkan oleh Qualcomm.
Namun begitu, laporan ini dilihat agak bertentangan dengan maklumat sebelum ini yang menyatakan semua Galaxy S25 akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite.