Close

Semua model Samsung Galaxy S25 akan dilengkapi dengan cip Snadpragon 8 Elite

Sebelum ini, kami ada melaporkan mengenai siri Galaxy S25 akan dikuasakan dengan satu pilihan cip sahaja iaitu dari Qualcomm.

Dalam perkembangan terbaru, terdapat laporan lain menyatakan perkara yang sama mengenainya. Menurut laporan tersebut, Samsung tidak merancang untuk menggunakan cip Exynos 2500 atau Dimensity 9400 pada siri Galaxy S25.

Bermaksud, semua model Galaxy S25 akan dilengkapi dengan cip terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Elite. Pemilihan cip tersebut disebabkan oleh Samsung belum lagi dapat menghasilkan cip Exynos 2500 dengan kemampuan dan kualiti yang baik. Berikutan itu, Samsung tidak dapat menampung permintaan cip Exynos 2500 untuk siri Galaxy S25.

Maklumat awal sebelum ini menyatakan, hanya Galaxy S25 Ultra sahaja akan dikuasakan dengan cip Snapdragon manakala dua lagi model iaitu Galaxy S25 dan Galaxy S25+ akan dikuasakan dengan cip Exynos.

Ini merupakan laporan ketiga menyatakan perkara yang sama mengenai siri Galaxy S25. Namun begitu, tiada sebarang pengesahan mengenai laporan tersebut.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN