Seperti yang kita tahu, siri Samsung Galaxy S24 hadir dengan dua pilihan cip iaitu Snapdragon dan Exynos. Untuk cip Snapdragon 8 Gen 3 hanya tersedia untuk Galaxy S24 Ultra manakala cip Exynos 2400 pula digunakan pada Galaxy S24 dan S24+.
Terbaru, menurut laporan Samsung mungkin akan menggunakan satu pilihan cip sahaja iaitu Snapdragon pada siri Galaxy S25. Bermaksud, semua model Galaxy S25 akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 4. Pemilihan cip Snapdragon ini dikatakan untuk memaksimumkan kemampuan dan keupayaan pada siri Galaxy S25.
Selain itu, pemilihan cip tersebut disebabkan oleh Samsung belum lagi dapat menghasilkan cip Exynos 2500 dengan kemampuan dan kualiti yang baik. Tidak dinafikan, Samsung merupakan pengeluar terawal yang menghasilkan binaan teknologi 3nm berbanding TSMC. Namun, TSMC lebih menjadi pilihan kerana mempunyai prestasi yang lebih baik.
Namun begitu, Samsung akan terus menghasilkan cip Exynos 2500 dan berkemungkinanan akan digunakan pada siri Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7. Berikutan itu, Samsung mempunyai masih yang lebih panjang untuk menghasilkan dan membangunkan cip tersebut setanding cip Snapdragon.