Close

SKMM umumkan larangan beberapa kandungan dalam SMS

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengumumkan larangan sepenuhnya kepada beberapa jenis kandungan dalam mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berkuat kuasa 1 September 2024.

Kandungan SMS yang dilarang oleh SKMM adalah seperti pautan (hyperlink), permintaan maklumat peribadi dan nombor telefon untuk dihubungi (callback number). Menurut SKMM, larangan tersebut dibuat untuk melindungi pengguna daripada risiko penipuan melalui SMS yang sering dieksplotasi oleh penjenayah.

Dalam masa yang sama, SKMM mengesa orang ramai sentiasa berwaspada dengan SMS yang mempunyai eleman larangan tersebut. SMS yang mempunyai elemen tersebut adalah sangat berisiko dan berpotensi besar mengandungi unsur penipuan.

Pengguna boleh membuat aduan kepada SKMM sekiranya masih menerima SMS yang mempunyai kandungan larangan tersebut. Aduan boleh dibuat melalui laman web rasmi aduan.mcmc.gov.my.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN