Siri OPPO Find X8 telahpun diperkenalkan di pasaran China, tampil dengan pelbagai peningkatan yang merangkumi rekaan, spesifikasi dan kemampuan kamera yang lebih baik.
Seiring dengan pelancaran tersebut, OPPO mengumumkan yang siri Find X8 akan turut diperkenalkan ke pasaran global. Peranti ini dijangka akan diperkenalkan sekitar November ini untuk pasaran global. Lebih menarik, OPPO Indonesia telahpun membuka datfar minat untuk peranti ini.
Maklumat ini tidak mengejutkan kerana OPPO Find X8 telahpun dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia baru-baru. Namun apa yang menarik, OPPO mungkin akan turut menawarkan Find X8 Pro ke pasaran Malaysia.
Siri OPPO Find X8 hadir dengan sistem kamera Hasselblad Master generasi baru yang dipadankan dengan cip terbaru dari MediaTek iaitu Dimensity 9400. Bukan itu sahaja, ia turut hadir dengan rekaan yang lebih nipis dan dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang dikuasakan dengan AI.