Peranti andalan OPPO iaitu Find X8 telah dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia. Sekaligus, memberikan bayangan peranti tersebut akan tiba secara rasmi ke pasaran tempatan.
Peranti tersebut dikesan melepasi pengesahan SIRIM pada 1 Oktober 2024 dengan kod model CPH2651 (OPPO Find X8) dan didaftarkan JIE BUSINESS SDN BHD. Malangnya, tiada maklumat terperinci mengenai peranti ini. Selain itu, peranti ini juga belum lagi diperkenalkan di mana-mana pasaran.
Namun begitu, ia sesuatu yang menarik apabila OPPO membawakan kembali model Find X ke Malaysia selepas kali terakhir model tersebut diperkenalkan adalah pada 2022 melalui Find X5 Pro. Selepas itu, OPPO tidak lagi menawarkan Find X ke pasaran Malaysia.
OPPO Find X8 dijangka hadir dengan dua pilihan model iaitu biasa dan pro. Namun, tidak dapat dipastikan adakah kedua-dua model akan ditawarkan ke pasaran tempatan atau sebaliknya. Buat masa ini, OPPO Malaysia belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai peranti ini. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.