OPPO secara rasmi memperkenalkan peranti baru untuk siri Reno13 di China. Hadir dengan 2 pilihan model iaitu Reno13 dan Reno13 Pro.
Kedua-dua peranti berkongsi spesifikasi yang hampir sama dibezakan dengan saiz skrin, kapasiti bateri dan kemampuan kamera. Reno13 hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.59-inci sementara Reno13 Pro hadir dengan skrin 6.83-inci. Kedua-dua skrin menyokong paparan 120Hz dengan resolusi FHD+.
Untuk fotografi, Reno13 hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang 50MP + 8MP manakala Reno13 Pro menggunakan tri-kamera belakang 50MP + 8MP + 50MP. Untuk swafoto, kedua-dua peranti menggunakan sensor 50MP. Menggunakan bateri 5600mAh untuk Reno13 dan 5800mAh untuk Reno13 Pro. Kedua-dua menyokong pengecasan pantas berwayar 80W dan 50W tanpa wayar.
Siri OPPO Reno13 dikuasakan dengan cip Dimensity 8350 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB. Menjalankan sistem operasi ColorOS 15 berasaskan Android 15 yang turut dimuatkan dengan fungsi AI.
Di China, Reno13 dijual pada harga bermula sekitar CNY2699 (RM1661) dan Reno13 Pro pula dijual pada harga sekitar CNY3399 (RM2092).