Close

Cara tambah kad bank pada Google Wallet

Jika Apple mempunyai Apple Pay, Google turut mempunyai perkhidmatan dompet digital mereka sendiri iaitu Google Wallet. Melaluinya, pengguna boleh melakukan pembayaran secara nirtunai. Namun begitu, fungsi ini hanya boleh digunakan untuk peranti Android yang menyokong fungsi NFC.

Pada ketika ini, terdapat banyak perbankan yang menyokong Google Wallet antaranya Hong Leong Bank, CIMB Bank, Standard Chartered, Public Bank, HSBC Bank, Bank Muamalat, Wise dan terbaru adalah Maybank. Berikutan dari itu, kami ingin berkongsi cara untuk menambah kad bank pada Google Wallet.

Cara tambah kad bank pada Google Wallet :

  • 1- Muat turun aplikasi Google Wallet melalui Play Store. (jika tiada)
  • 2- Buka aplikasi Google Wallet dan pilih ‘Add payment card’ atau ‘Add to wallet’.
  • 3- Pada bahagian ‘Add to wallet’, pilih ‘Payment card’ dan pilih ‘New credit or debit card’.
  • 4- Kemudian, ‘Enter card details’ dan tunggu sehingga proses selesai.
  • 5- Pada ‘Choose how you’ll verify’, pilih cara untuk mengesahkan kad bank anda.
  • 6- Selepas proses selesai, ia akan memaparkan ‘card is ready to pay contactless’.

Untuk proses ini, kami menggunakan kad debit dari Maybank. Untuk perbankan lain mungkin terdapat perbezaan dari segi pengesahan dan sokongan kad. Namun begitu, cara untuk menambah kad pada Google Wallet adalah sama. Pengguna boleh menambah lebih daripada satu kad bank pada aplikasi Google Wallet. Selain itu, pastikan fungsi NFC dihidupkan sebelum anda melakukan sebarang pembayaran.

ARTIKEL BERKAITAN