Close

Google Pixel 8a diperkenalkan – Guna cip Tensor G3, paparan 120Hz dan kamera 64MP

Google secara rasmi memperkenalkan siri a generasi baru iaitu Pixel 8a. Hadir dengan spesifikasi yang setaraf dengan siri Google Pixel 8 namun ditawarkan pada harga yang lebih mampu milik.

Pixel 8a hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.1-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 2000 nits. Dijana dengan cip Google Tensor G3 yang digabungkan dengan 8GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 64MP + 13MP Ultra Lebar dan swafoto 13MP. Kamera peranti ini menyokong rakaman sehingga 4K 30fps untuk swafoto dan 4K 60fps untuk kamera belakang. Selain itu, ia turut menyokong pelbagai fungsi menarik seperti Magic Editor, Best Take, Magic Eraser, Photo Unblur, Face Unblur, Real Tone, Top Shot, Live HDR+ dan Ultra HDR.

Dimuatkan dengan bateri 4492mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan berwayar PD 3.0 dan tanpa wayar 7.5W. Pixel 8a turut menyokong beberapa fungsi eksklusif seperti Circle to Search, Pixel Call Assist, Audio Emoji dan Gemini. Spesifikasi lain yang turut dibawa adalah seperti WiFi 6E, Bluetooth 5.3, NFC dan pengimbas cap jari bawah skrin. Seperti siri Pixel 8, peranti ini turut menyokong kemas kini sehingga 7 tahun.

Untuk pasaran Amerika Syarikat, Pixel 8a dijual pada harga bermula sekitar $499 (RM2358) untuk 128GB dan $599 (RM2835) untuk 256GB. Ditawarkan dalam 4 pilihan warna iaitu Bay, Aloe, Porcelain dan Obsidian.

ARTIKEL BERKAITAN