Close

Perkhidmatan CIMB DuitNow dilaporkan tidak boleh diakses

CIMB melalui laman rasmi Facebook mereka mengumumkan perkhidmatan transaksi CIMB DuitNow menghadapi masalah untuk diakses oleh pengguna.

Melalui pengumuman tersebut, CIMB menyatakan yang perkhidmatan transaksi DuitNow atau Instant Transfer menghadapi masalah untuk diakses. Sebagai alternatif, CIMB menyarankan pengguna untuk menggunakan transaksi melalui Inter Bank Giro.

Walaubagaimanapun, masalah tersebut tidak menjejaskan perkhidmatan lain seperti CIMB OCTO dan CIMB Clicks (aplikasi atau web). Bermaksud, perkhidmatan lain boleh digunakan tanpa sebarang gangguan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN