Close

MediaTek perkenalkan cip Dimensity 9300+ – Apa yang baru?

MediaTek secara rasmi memperkenalkan cip baru iaitu Dimensity 9300+. Merupakan cip kelas andalan dan pengganti kepada cip semasa iaitu Dimensity 9300.

Dimensity 9300+ ini menggunakan teknologi binaan 4nm generasi ketiga dari TSMC. Cip ini memfokuskan kepada kemampuan AI generatif dengan menyokong pelbagai teknologi kecerdasan buatan berasaskan LLM (Large Language Model), LoRA Fusion dan NeuroPilot LoRA Fusion 2.0.

Menggunakan konfigurasi CPU 8 teras dengan 1x Cortex-X4 3.4GHz + 3x Cortex-X4 2.85GHz + 4x Cortex-A720 2.0GHz. Digabungkan dengan GPU Arm Immortalis-G720 yang menjanjikan peningkatan prestasi grafik sehingga 20%.

Cip ini turut menyokong MediaTek Adaptive Gaming Technology (MAGT) yang menawarkan peningkatan prestasi dalam permainan dan MediaTek Network Observation System (NOS) yang memberikan kestabilan yang lebih baik untuk rangkaian WiFi dan Selular.

Untuk spesifikasi lain, Dimensity 9300+ menyokong resolusi sehingga 4K dengan paparan 120Hz atau WQHD dengan paparan 180Hz. Untuk sensor kamera, ia menggunakan cip ISP Imagiq 990 yang menyokong kamera sehingga 320MP dengan rakaman sehingga 8K 30 fps.

Peranti terawal yang dijangka akan menggunakan cip ini adalah vivo X100s dan X100s Pro. Kedua-dua peranti ini dijangka akan diperkenalkan dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN