Close

vivo X100s, X100s Pro dan X100 Ultra mungkin tiba pada 13 Mei ini

vivo menjadualkan acara pelancaran peranti baru pada 13 Mei ini di China. Perkara tersebut dikongsi melalui akaun rasmi vivo di Weibo. Pada acara tersebut, vivo bakal memperkenalkan peranti baru di bawah siri X100.

vivo dijangka akan memperkenalkan 3 peranti baru dibawah siri X100 iaitu iaitu X100s, X100s Pro dan X100 Ultra. Model paling premium iaitu X100 Ultra dilaporkan akan dilengkapi dengan teknologi kamera yang lebih maju dan mampu memberikan hasil imej yang lebih baik. Dari segi rekaan, X100 Ultra akan hadir dengan rekaan jenis melengkung dan dilengkapi bonggol kamera belakang yang tebal

Manakala untuk X100s dan X100s Pro, ia hadir dengan rekaan jenis rata dan turut dilengkapi dengan bonggol kamera belakang yang tebal. Selain itu, ketiga-tiga model ini dilihat kekal menggunakan penjenamaan kamera Zeiss.

Dari segi spesifikasi, X100s dan X100s Pro berkemungkinan akan dijana dengan cip Dimensity 9300+. Manakala X100 Ultra, berkemungkinan akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3. Buat masa ini, vivo belum lagi mendedahkan maklumat terperinci mengenai peranti ini. Kami menjangkakan lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN