Close

BJAK tiada kelulusan dari JPJ

Perkhidmatan urus niaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang ditawarkan oleh BJAK Sdn Bhd dilaporkan tiada kelulusan dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Dalam satu kenyataan rasmi dari JPJ, perkhidmatan yang ditawarkan oleh BJAK tidak mempunyai sebarang kelulusan dari Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) atau JPJ. Selain itu, pengiklanan BJAK yang menyatakan perkhidmatan mereka “diaudit, disah dan diluluskan oleh JPJ” adalah tidak benar dan mengelirukan orang awam.

JPJ turut menerima beberapa aduan daripada orang awam berkenaan pembaharuan cukai jalan yang telah dibuat melalui BJAK namun tempoh sah laku tidak dikemas kini. Selain itu, BJAK turut mengenakan caj tambahan sewaktu memperbaharui cukai jalan.

Dalam masa yang sama, JPJ mengalakkan orang awam untuk memperbaharui cukai jalan melalui kaunter JPJ, aplikasi myJPJ, MyEG, POS Malaysia, PUSPAKOM dan sebagai untuk proses pembaharuan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN