Close

WhatsApp bakal ada fungsi ‘Chat Storage Filters’ – Ini yang perlu anda tahu

Selepas memperkenalkan fungsi ‘Chat Filters’ pada kemas kini sebelum ini. WhatsApp bakal membawakan satu lagi fungsi baru yang hampir sama iaitu ‘Chat Storage Filters’.

Sepert Chat Filters, Chat Storage Filters memudahkan pengguna untuk menguruskan storan WhatsApp dengan lebih mudah. Selain itu, fungsi ini akan memperincikan perbualan mana yang menggunakan ruang storan yang besar. Melaluinya, proses untuk membuang atau memadam kandungan menjadi lebih cepat dan mudah.

Sebagai perbandingan, tetapan untuk pengurusan storan WhatsApp pada ketika ini hanya memperlihatkan jumlah keseluruhan storan yang digunakan dan disusun mengikut kepada saiz paling besar kepada paling kecil.

Fungsi ini dilaporkan sedang diuji melalui WhatsApp Beta pada Android melalui nombor binaan 2.24.10.8. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat yang dikongsi mengenai ketibaan fungsi ini kepada semua pengguna.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN