Close

Bank Muamalat kini menyokong Google Wallet

Berita gembira untuk pengguna Bank Muamalat, anda kini boleh menggunakan Google Wallet sebagai medium pembayaran secara nirtunai. Buat yang tidak mengetahui, Google Wallet adalah perkhidmatan dompet digital seperti mana Apple Pay.

Pada ketika ini, terdapat 4 kad yang menyokong Google Wallet iaitu BMMB Visa Platinum-iBMBB Visa Infinite-iPos Malaysia Visa Platinum-i dan Pos Malaysia Visa Infinite-i. Dengan sokongan Google Wallet, ia memudahkan pengguna untuk melakukan pembayaran secara nirtunai dengan menggunakan pelbagai peranti Android.

Untuk mula menggunakan perkhidmatan Google Wallet, pengguna perlu muat turun aplikasi di Play Store terlebih dahulu. Selepas itu, pilih Add to Wallet kemudian masukkan maklumat kad dan tunggu sehingga proses selesai. Pastikan NFC dihidupkan sebelum anda melakukan sebarang pembayaran.

Google Wallet mula tersedia untuk pengguna Malaysia sekitar November 2022. Selain Bank Muamalat, perkhidmatan ini turut menyokong beberapa perbankan lain seperti Hong Leong Bank, CIMB Bank, Standard Chartered, Public Bank, HSBC Bank dan Wise.

Untuk maklumat lanjut mengenai Google Wallet, layari laman web rasmi Bank Muamalat.

ARTIKEL BERKAITAN