Close

Siri Xiaomi 15 mungkin diperkenal pada Oktober ini

Sebelum ini, kami ada melaporkan yang siri Xiaomi 15 bakal menjadi peranti pertama yang dijana dengan cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 4. Xiaomi dikatakan memiliki hak eksklusif untuk menjadi peranti pertama dengan cip tersebut.

Terbaru, terdapat laporan mendedahkan yang siri Xiaomi 15 berkemungkinan akan diperkenalkan sekitar Oktober tahun ini. Sebagai perbandingan, siri Xiaomi 14 diperkenalkan pada 26 Oktober tahun lalu di China. Jadi, kita mungkin boleh menjangkakan yang peranti akan ditawarkan untuk pasaran China terlebih dahulu sebelum memasuki pasaran global.

Laporan tersebut turut mendedahkan beberapa maklumat mengenai cip Snapdragon 8 Gen 4. Cip ini akan menggunakan konfigurasi 2 + 6 iaitu 2 teras berprestasi tinggi dengan kelajuan 3.6 GHz hingga 4.0 GHz dan 6 teras kecekapan namun tidak didedahkan kelajuannya.

Dalam skor penanda aras Geekbench 6, cip ini mendapat skor 2700 dalam ujian teras tunggal dan 10,000 skor dalam ujian teras pelbagai. Selain itu, cip ini dijangka akan membawa peningkatan prestasi yang lebih baik pada CPU dan GPU.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN