Close

Xiaomi 15 bakal jadi peranti pertama guna cip Snapdragon 8 Gen 4

Cip andalan dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 4 dijangka akan diumumkan pada Oktober 2024. Menariknya, telah ada peranti pertama yang akan menggunakan cip ini.

Menurut laporan, Xiaomi dijangka akan menjadi pengeluar pertama yang akan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 4 untuk model Xiaomi 15 dan Xiaomi 15 Pro. Ini bukanlah perkara yang mengejutkan kerana Xiaomi turut menjadi pengeluar terawal menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 3 pada siri Xiaomi 14.

Selain Xioami, OnePlus dan iQOO dijangka akan menjadi pengeluar yang seterusnya yang akan menggunakan cip ini. OnePlus dijangka akan menggunakan cip ini pada model OnePlus 13 dan iQOO akan menggunakan pada model iQOO 13. Seperti kebiasaan, ketiga-tiga peranti ini akan diperkenalkan untuk pasaran China terlebih dahulu sebelum memasuki pasaran global.

ARTIKEL BERKAITAN