TikTok kini diharamkan di Amerika Syarikat selepas Presiden Joe Biden menandatangani RUU mengharamkan aplikasi tersebut yang dimiliki oleh ByteDance yang berpangkalan di China.
Melalui RUU tersebut, ByteDance diberikan dua pilihan iaitu menjual TikTok kepada syarikat lain atau berhenti beroperasi di Amerika Syarikat. RUU tersebut memberi tempoh sehingga 9 bulan untuk ByteDance menjual TikTok dan tempoh tersebut boleh dilanjutkan sehingga 12 bulan.
Berikutan itu, ByteDance telah mengeluarkan kenyataan rasmi dengan menyatakan larangan tersebut tidak mengikut perlembagaan dan akan mencabar larangan tersebut melalui perundangan. ByteDance juga menyatakan yang mereka tidak akan menjual TikTok kepada syarikat lain.
Pengharaman TikTok di Amerika Syarikat dilakukan kerana kebimbangan mengenai keselamatan negara dan mendakwa China melakukan pengintipan dan pengawasan melalui aplikasi tersebut.