Close

Samsung Galaxy Unpacked mungkin diadakan pada 10 Julai ini

Acara Galaxy Unpacked seterusnya dijangka akan berlangsung pada 10 Julai ini di Paris. Lokasi tersebut dipilih kerana Samsung merupakan penaja rasmi untuk Sukan Olimpik 2024 yang akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos 2024.

Pada acara tersebut, Samsung dijangka akan memperkenalkan beberapa peranti baru seperti Galaxy Z Flip6, Galaxy Z Fold6 dan Galaxy Ring. Selain itu, Samsung dijangka akan turut memperkenalkan Galaxy Buds baru.

Galaxy Ring dijangka akan menjadi tumpuan utama untuk acara ini disamping Galaxy Z Flip6 dan Galaxy Z Fold6. Untuk Galaxy Z Flip6, ia dijangka akan membawa perubahan seperti bateri yang lebih besar dan kamera yang lebih baik. Manakala Galaxy Z Fold6, dijangka akan hadir dengan rekaan yang lebih nipis dan lebih ringan. Namun begitu, maklumat lebih tepat mengenai peranti ini hanya akan diketahui dalam beberapa bulan akan datang. Jadi, sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN