Tesla Malaysia mengemas kini harga jualan untuk Model Y dan Model 3 untuk pasaran tempatan. Melalui kemas kini tersebut memperlihatkan kedua-dua model tersebut kini dijual pada harga yang lebih murah.
Kedua-dua model tersebut menerima potongan harga sehingga RM8000. Potongan harga tersebut dilihat selari dengan apa yang dilakukan oleh Tesla pada pasaran lain seperti di AS, China dan Jerman.
Dengan potongan tersebut, Model Y RWD kini dijual pada harga bermula RM191,000, Model Y Long Range AWD RM238,000 dan Model Y Perfomance AWD RM280,000. Sebelum ini, Model Y ditawarkan pada harga bermula RM199,000 untuk Model Y RWD, RM246,000 untuk Model Y Long Range AWD dan RM288,000 untuk Model Y Perfomance AWD.
Manakala untuk Model 3, ia kini dijual pada harga bermula RM181,000 untuk Model 3 RWD dan RM210,000 untuk Model 3 Long Range AWD. Sebelum ini, Model 3 RWD dijual pada harga RM189,000 dan Model 3 Long Range AWD pula RM218,000. Walaubagaimanapun, tiada potongan harga untuk Model 3 Perfomance bermaksud ia dijual pada harga sama iaitu bermula dari RM242,000.