Close

OPPO A60 akan tiba di Malaysia tak lama lagi

OPPO Malaysia nampaknya sudah bersedia untuk membawakan peranti baru untuk pasaran tempatan melalui model A60. Perkara tersebut dikongsi melalui laman rasmi Facebook yang memperlihatkan rekaan awal peranti tersebut.

Melalui perkongsian tersebut memperlihatkan ia hadir dengan dua pilihan warna iaitu Biru Ombak dan Ungu Malam dengan kemasan panel belakang berbeza iaitu jenis berkilat dan jenis kesat. Terdapat bonggol kamera belakang dengan rekaan bujur bersama yang dimuatkan dengan dua sensor kamera dan LED Flash. Menggunakan rekaan sisi jenis rata dengan butang kuasa dan butang suara diletakkan di bahagian sisi kanan.

Malangnya, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi dalaman dan tarikh pelancaran yang dikongsi oleh OPPO Malaysia buaat masa ini. Maklumat lanjut mengenai mungkin akan dikongsi dalam masa terdekat. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN