Moondrop secara rasmi memperkenalkan telefon pintar pertama mereka iaitu MIAD 01. Memfokuskan kepada audio dengan sokongan dua bicu audio iaitu 4.4mm balanced dan 3.5mm bersama dengan DAC HiFi.
MIAD 01 hadir dengan skrin AMOLED jenis melengkung bersaiz 6.7-inci dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7050 yang dipadankan dengan 12GB RAM LPPDR4X dan storan dalaman 256GB UFS 3.1.
Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 64MP + 8MP Kedalaman dan swafoto 32MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 33W. Untuk audio, ia menggunakan DAC Cirrus Logic MasterHIFI dengan julat dinamik 132 dB dan SINAD 118 dB. Selain itu, ia turut menyokong aplikasi Moondrop Audio Center dengan DSP dan kawalan kelantangan 100-level hardware-level melalui DAC.
Untuk pasaran China, MIAD 01 dijual pada harga bermula sekitar RMB2499 (RM1655). Peranti ini dijangka akan turut ditawarkan untuk pasaran global namun hanya tersedia di pasaran terpilih sahaja.