Close

Siri iQOO Z9 5G tiba di Malaysia dengan harga bermula RM925

Siri iQOO Z9 5G kini tiba untuk pasaran tempatan. Merupakan peranti kelas pertengahan dan pengganti kepada model sebelum ini. Ditawarkan dalam dua pilihan model iaitu iQOO Z9 dan iQOO Z9x.

iQOO Z9 5G dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 144Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 3 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri 6000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan FlashCharge 80W.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang sensor utama 50MP + 2MP kedalaman dan swafoto 16MP. Untuk spesifikasi lain, iQOO Z9 5G dilengkapi dengan pengimbas cap jari di bawah skrin, pembesar suara jenis stereo, IR Blaster, NFC, penarafan IP64 dan menjalankan sistem operasi OriginOS 4 berasaskan Android 14.

Untuk pasaran Malaysia, iQOO Z9 5G dijual pada harga promosi RM1049 untuk 8GB + 256GB dengan hadiah percuma bernilai RM357 seperti iQOO TWS 1e, jaminan tambahan 1 tahun dan jaminan skrin 1 tahun. Selepas tempoh promosi tamat iaitu pada 8 Mei, peranti akan dijual pada harga RM1332.

Manakala untuk iQOO Z9x 5G, ia hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.72″ dengan resolusi FHD dan turut menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 6 Gen 1 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan FlashCharge 44W.

Turut menggunakan tetapan dwi-belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP kedalaman dan swafoto 8MP. Untuk spesifikasi lain, iQOO Z9x 5G dilengkapi dengan pengimbas cap jari pada butang, pembesar suara mono, bicu audio 3.5mm, NFC dan penarafan penarafan IP64.

Di Malaysia, iQOO Z9x 5G dijual pada harga promosi RM657 (8GB + 128GB) dan RM722 (8GB + 256GB) dengan hadiah percuma bernilai RM177 seperti fon telinga berwayar iQOO XE160, jaminan tambahan 1 tahun dan jaminan skrin 1 tahun. Selepas tempoh promosi tamat pada 8 Mei, peranti akan dijual pada harga RM925 dan RM1047.

ARTIKEL BERKAITAN