Close

KWSP umumkan Akaun Fleksible – Boleh keluar simpanan bila-bila masa

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun yang berkuat kuasa bermula 11 Mei 2024. Melaluinya, semua akaun ahli di bawah umur 55 tahun akan distruktur semula dan akan menjadi kepada 3 Akaun.

Berikutan itu, Akaun 1 akan dinamakan sebagai Akaun Persaraan, digunakan untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan. Akaun 2 dinamakan sebagai Akaun Sejahtera, digunakan untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada sejahteraan semasa persaraan. Manakala, Akaun 3 akan dinamakan sebagai Akaun Fleksibel, digunakan untuk keperluan kewangan jangka pendek.

Caruman ketiga-tiga akaun ini akan dipecahkan kepada 75% untuk Akaun Persaraan, 15% untuk Akaun Sejahtera dan 10% untuk Akaun Fleksible.

Melalui Akaun Fleksible, ia membolehkan simpanan dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut kepada keperluan ahli dan akaun ini akan bermula dengan baki sifar. Selain itu, ahli hanya diberikan pilihan sekali sahaja untuk memindahkan sebahagaian amaun dari Akauan Sejahtera kepada Akaun Fleksible sebagai amaun permulaan. Pemindahan tersebut boleh dilakukan bermula 11 Mei 2024 hingga 31 Ogos 2024.

Matlamat utama inisiatif Penstrukturan Semula Akaun dilakukan adalah untuk memperkasakan ahli dalam menguruskan kewangan persaraan mereka dengan berkesan sekaligus membolehkan mereka mengimbangi keperluan kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Penstrukturan Semula Akaun, layari laman rasmi KWSP.

ARTIKEL BERKAITAN