Close

Qualcomm Snapdragon X Plus diperkenalkan – 10% lebih berkuasa berbanding cip Apple M3

Qualcomm secara rasmi memperkenalkan cip pemprosesan baru untuk komputer riba iaitu cip Snapdragon X Plus. Cip baru ini diletakkan di bawah cip Snapdragon X Elite dan ditawarkan pada harga yang lebih mampu milik.

Cip Snapdragon X Plus dibina dengan teknologi binaan 4nm dan hadir dengan CPU Oryon 10 teras dengan kelajuan 3.4 GHz. Sebagai perbandingan, cip Snapdragon X Elite turut menggunakan CPU Oryon namun dengan 12 teras. Cip ini dipadankan dengan RAM sehingga 64GB LPDDR5x dan menggunakan GPU Adreno baru dengan 3.8 TFLOPS.

Cip ini menjanjikan peningkatan prestasi 37% lebih pantas berbanding pesaing dan menawarkan penjimatan kuasa sehingga 54%. Qualcomm turut mendakwa cip ini mempunyai pemproses AI paling pantas dalam segmen komputer riba melalui Neural Processing Unit (NPU) dengan 45 TOPS. Lebih menarik, Qualcomm turut menyatakan yang cip ini menawarkan prestasi CPU 10% lebih baik berbanding cip Apple M3.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti menyokong sambungan paparan sehingga 3 monitor dengan resolusi 4K HDR, WiFi 7, Bluetooth 5.4 dan ISP generasi baru. Komputer riba dengan cip Snapdragon X Plus dijangka akan mula ditawarkan sekitar Jun 2024.

ARTIKEL BERKAITAN