Permintaan set kepala realiti pertama Apple iaitu Vision dilaporkan menurun secara mendadak sejak beberapa bulan lalu. Pada ketika ini, Vision Pro hanya ditawarkan untuk satu pasaran sahaja iaitu Amerika Syarikat.
Berikutan dari itu, Apple dilaporkan telah mula mengurangkan pengeluaran Vision Pro. Sebelum ini, Apple merancang untuk menghantar 700 ribu hingga 800 ribu unit untuk 2024 namun jumlah tersebut terpaksa dikurangkan kepada 400 ribu hingga 450 ribu unit. Tidak dinafikan, gelombang pertama penjualan Vision Pro adalah sangat baik namun pada ketika ini permintaannya menurun dengan sangat ketara.
Dengan permintaan pasaran Amerika Syarikat yang menurun secara mendadak ia mungkin waktu yang sesuai untuk Apple mula menawarkan Vision Pro ke pasaran lain. Selain itu, kita mungkin tidak akan melihat Vision Pro generasi kedua diperkenalkan dalam masa terdekat.
Di Amerika Syarikat, Vision Pro dijual pada harga bermula sekitar $3499 (RM16K) untuk 256GB, $3699 (RM17K) dan $3899 (RM18K) untuk 1TB.