Close

Samsung Music Frame kini boleh dibeli di Malaysia pada harga RM1999

Selepas diperkenalkan di acara CES 2024, Samsung Music Frame kini tiba untuk pasaran tempatan. Seperti namanya, Music Frame adalah sebuah speaker dengan rekaan seperti Frame yang membolehkan ia dijadikan sebagai hiasan dan tidak terlihat seperti speaker biasa.

Music Frame menggunakan rekaan segi empat dengan sisi jenis rata. Tiada sebarang skrin sebaliknya pengguna boleh meletakkan karya seni atau sebarang foto untuk dijadikan sebagai bingkai gambar. Menariknya, bingkai yang digunakan boleh ditukar warna mengikut kepada dekorasi pengguna.

Menggunakan kuasa 18W yang dilengkapi dengan 6 speaker secara keseluruhan dan menyokong teknologi Dolby Atmos untuk sokongan 3D surround. Dari segi sambungan, Music Frame menyokong sambungan melalui Bluetooth dan Wi-Fi serta boleh digunakan dengan Google Home, Chromecast dan Apple AirPlay. Selain itu, ia juga boleh disambungkan secara selari dengan TV dan soundbar dari Samsung melalui teknologi Q-Symphony.

Music Frame juga menyokong sistem Samsung SpaceFit yang mengoptimumkan dan menganalisis ruang sekaligus mengeluarkan audio mengikut saiz secara automatik. Peranti ini turut menyokong SmartThings yang membolehkan ia dikawal dengan lebih mudah.

Di Malaysia, Music Frame ini dijual pada harga RM1999. Bagi yang berminat, peranti ini boleh mula dipra-tempah bermula hari ini sehingga 2 Mei dan ditawarkan dengan harga istimewa iaitu RM1499.

ARTIKEL BERKAITAN