Close

Tesla Model 2 mungkin tiba pada 2025 – Harga lebih mampu milik?

Tesla mengesahkan yang mereka akan memperkenalkan model EV baru menjelang 2025. Model EV tersebut mungkin akan dikenali sebagai Model 2 dan akan dijual pada harga lebih mampu milik.

Menurut laporan, model tersebut akan dibina dengan platform generasi baru yang dapat mengurangkan harga kos sekaligus membolehkan ia dijual pada harga mampu milik. Harga jualan untuk model ini dijangka akan bermula sekitar $25,000 (RM119K).

Malangnya, tiada maklumat terperinci yang dikongsi mengenai model tersebut. Namun kita mungkin boleh menjangkakan ia akan menawarkan jarak gerak yang lebih dekat dan tidak akan dilengkapi dengan teknologi canggih seperti pada model Tesla yang lain.

Tidak hanya Model 2, Tesla dijangka akan menawarkan lebih banyak model EV mampu milik yang akan memulakan pengeluarannya bermula awal 2025. Ketibaan model ini dijangka akan dapat melonjakkan kembali kedudukan Tesla sebagai pengeluar EV.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN