Close

Apple Event ‘Let Loose’ akan diadakan 7 Mei ini – Mungkin perkenal iPad dan Apple Pencil baru

Apple secara rasmi menjadualkan acara khas pada 7 Mei. Acara tersebut akan berlangsung secara atas talian dan boleh ditonton melalui platform rasmi Apple.

Acara tersebut menggunakan slogan ‘Let Loose’ dan terdapat Apple Pencil disertakan pada logo tersebut, mengambarkan peranti baru tersebut memfokuskan kepada penggunaan Apple Pencil. Berikutan itu, Apple dijangka akan memperkenalkan iPad Air, iPad Pro dan juga Apple Pencil generasi baru.

Untuk iPad Air, ia dijangka hadir dalam dua pilihan skrin iaitu 10.9-inci dan 12.9-inci. Tampil dengan rekaan kamera belakang yang berbeza dan dijana dengan cip Apple M2. Selain itu, ia akan menyokong Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.3.

Manakala untuk iPad Pro, ia dijangka akan menjadi iPad Pro pertama menggunakan skrin OLED dan hadir dengan dua pilihan skrin 11-inci dan 13-inci. Dijana dengan cip Apple M3 yang menjanjikan prestasi yang lebih baik dan akan menyokong pengecasan tanpa wayar MagSafe dan papan kekunci Magic Keyboard baru.

Namun begitu, maklumat terperinci mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada hari pelancarannya kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN