Close

Infinix GT 20 Pro akan tiba di Malaysia tak lama lagi

Infinixi Malaysia melalui Facebook rasmi mereka berkongsi maklumat mengenai ketibaan peranti baru untuk pasaran tempatan. Namun begitu, perkongsian tersebut tidak mendedahkan maklumat terperinci dan tarikh pelancarannya.

Walaubagaimanapun, perkongsian tersebut mendedahkan model yang akan diperkenalkan iaitu GT 20 Pro. Jadi, kita mungkin boleh menjangkakan ia akan memfokuskan kepada permainan seperti model sebelumnya.

Untuk spesifikasi dalaman, peranti ini berkemungkinan akan dijana dengan cip MediaTek Dimenisty 8200 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri 5000mAh dimuatkan dengan pengecasan pantas 45W.

Seperti biasa, maklumat lebih tepat mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada hari pelancarannya. Jadi, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN