Close

Tesla Model 3 Perfomance tiba di Malaysia dengan harga bermula RM242K

Tesla Model 3 Perfomance kini tiba untuk pasaran Malaysia. Merupakan varian paling tinggi dalam barisan Model 3. Seperti namanya, model ini memfokuskan kepada prestasi dan hadir dengan pelbagai naik taraf yang menarik.

Model 3 Perfomance dikuasakan dengan dwi-motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa 460 hp dan mampu memecut dari 0 ke 100/kmj hanya dalam 3.1 saat sahaja. Kelajuan maksimum 262 km/j dengan jarak gerak sejauh 528 km (WLTP). Sebagai perbandingan, Model 3 Long Range menawarkan jarak gerak sejauh 629 km (WLTP) manakala Model 3 paling asas pula menawarkan jarak gerak sejauh 513 km (WLTP).

Model 3 Perfomance turut hadir dengan rekaan Bespoke Design yang lebih agresif dengan aerodinamik yang lebih baik. Turut dilengkapi dengan sistem adaptive suspension baru, perfomance chasis, sistem brek khas dan terdapat kemasan carbon fibre pada bahagian dalam. Selain itu, ia turut menggunakan sports seat dan terdapat mod pemanduan track mode V3.

Untuk pengecasan, ia menyokong pengecasan pantas DC pada 250kW yang mampu menambah jarak 282 km hanya dalam 15 minit dengan menggunakan pengecasan Tesla Supercharge.

Di Malaysia, Model 3 Perfomance ini ditawarkan pada harga bermula RM242,000. Bagi yang berminat, ia boleh dipra-tempah bermula hari ini dengan penghantaran dijangka bermula seawal 2024.

ARTIKEL BERKAITAN